TRANSFER EMAS GAP KE C-WALLET PG MALL

Anda tahu tak sebenarnya emas kita di dalam akaun GAP boleh dipindahkan ke C-Wallet PG Mall. Menarik tu. Maknanya kita ada pilihan untuk guna gram emas dalam akaun GAP untuk berbelanja dalam PG Mall.

Anda tahu ke C-Wallet tu apa? C-Wallet tu adalah salah satu kaedah bayaran yang kita boleh pilih untuk menyempurnakan pembelian dalam PG Mall.

APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN C-WALLET?

Macam-macam boleh beli dalam PG Mall. PG Mall ni ala -ala macam Shopee dan Lazada la. Contoh barang-barang yang boleh dibeli antaranya:

  • Barang kemas eksklusif PG Jewel
  • Barang kemas premium Aurora Italia
  • Barang keperluan rumah seperti di Mydin
  • Telefon bimbit seperti Vivo
  • Penjagaan peribadi seperti Avon dan banyak lagi

Macam mana nak buat tu? Okay.Jom ikut step-step di bawah ni. Mudah je.Klik-klik je dah siap!

CARA TRANSFER EMAS DARI GAP KE C-WALLET

Login akaun GAP menggunakan PG Code dan password masing-masing.

Seterusnya:

  1. Klik Transfer.
  2. Masukkan kuantiti gram emas yang ingin anda transfer.
  3. Pilih c-wallet.
  4. Klik Request.

Spread atau susut nilai yang dikenakan untuk pindahan gram emas dari akaun GAP ke C-Wallet adalah 5%.

CARA MENGGUNAKAN C-WALLET DI PG MALL

Langkah Pertama

Login PG Mall menggunakan PG Code dan password masing-masing.

Langkah Kedua

1. Pilih barangan yang ingin anda beli dan add to cart dan ikut langkah seterusnya.

2. Semasa pembayaran, toggle butang Pay via C-Wallet seperti ditunjukkan anak panah.

3. Jumlah asal RM 730.00 sudah berkurang menjadi RM 619.42 sahaja kerana c-wallet berjumlah RM 110.58 telah digunakan.

4. Klik Place Order.

5. Klik My Profile -> My Orders -> Order Details untuk dapatkan tracking number.

Tunggu barang yang anda beli sampai di rumah dengan senyuman. Selamat berbelanja dengan bijak di PG Mall.

Semoga bermanfaat.

Hits: 596

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>