SYARIAH EASY PURCHASE PAYMENT

Syariah Easy Payment Purchase (EPP) atau lebih dikenali sebagai ansuran emas. Kaedah ini sesuai untuk item emas paling kurang 1 Dinar(4.25g) dan ke atas. Jangan bimbang ia telah disahkan patuh Syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

  • Katakan harga emas pada satu-satu masa tu sangat-sangat cantik untuk anda beli. Tetapi sekarang anda tak ada wang RM 5,418 (harga pada 22/11/2020) untuk beli 20 gram sekaligus.
  • Jadi anda kunci harga RM 5,418 tu sekarang dan buat SEPP 10 iaitu pembayaran sebanyak 10 kali selama 10 bulan

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

  • Selepas invois rasmi dikeluarkan, anda hanya perlu bayar jumlah yang ditetapkan setiap bulan.
  • Kalau lima bulan akan datang harga emas 20 gram naik kepada RM 5,500, anda tak perlu tambah duit. Bayaran tetap sama.
  • Dah la untung dapat bayar secara bulanan, harga emas naik pun tak perlu tambah duit. Memang sangat membantu SEPP ni.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

  • Anda dah boleh ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.
  • Anda boleh juga singkatkan masa bayaran contohnya lima bulan sahaja. Lebih cepat bayaran selesai, lebih cepat anda dapat ambil emas.

SEPP 4 KALI BAYAR: Semua item emas bernilai RM 500 dan ke atas.

1 dinar(4.25 gram) , 10 Gram, 20 gram-

SEPP 10 KALI BAYAR: Sekurang-kurangnya RM 5000 dan ke atas.

5 Dinar(21.25 gram) , 10 Dinar( 42.5 gram), 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1000 gram

Hits: 102

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>