KISAHKU DAN EMAS

Kisah Sebentuk Cincin Emas

Di sebalik sebentuk cincin ni tersingkap pelbagai kenangan.Cincin ini adalah hadiah istemewa daripada Tok yang aku panggil ‘Mak’.Mak adalah ibu kepada Mama.Aku rapat dengan Mak dari dulu lagi.Banyak kenangan aku dengan Mak.

Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah sekitar tahun 1994 atau 1993 aku dan kakak rajin tolong Mak buat kuih.Mak rajin buat kuih jual di koperasi.Macam-macam jenis kuih Mak buat.Hasil jualan kuih Mak masukkan duit dalam tabung buluh sebagai hadiah Mak pada kami sebab rajin tolong dia.Jadi kami ada tabung buluh sorang satu.Mak masukkan duit dalam tabung sikit-sikit Mak kata dah penuh nanti Mak nak belikan cincin emas untuk kami.Mak kotakan janjinya.

Apabila tabung dah penuh Mak keluarkan duit pergi beli cincin di Pekan Kupang naik kereta prebet sapu (ala-ala teksi) zaman tu, aku ada ikut Mak sekali masa tu.Kedai cina tu pun aku masih ingat lagi sampai sekarang.Berapa harga cincin tu pun aku dah tak ingat dah sebab masa tu budak- budak lagi mana la nak ambik tau sangat.Bukan main seronok lagi kami masa tu budak-budak lagi dah dapat cincin emas.

Sekarang tahun 2020,dah hampir 26 tahun cincin ni masih ada dengan aku macam dalam gambar.Cincin yang sama yang dihadiahkan Mak untuk aku.Aku simpan elok-elok.Bezanya, dulu-dulu boleh pakai di jari manis tapi sekarang dah tak muat.Kena pakai dijari kelingking sebab jari dah gemuk..hihi..

Ye la dah 26 tahun kot.Masa Mak masih ada, bila sembang-sembang dengan Mak, Mak selalu imbau kenangan pasal cincin ni.Dia pesan jangan jual cincin ni.Cincin tu kenangan aku dengan dia. Aku ingat pesan Mak sampai sekarang aku tak jual cincin ni dan masih ada dengan aku.Di sebalik sebentuk cincin, ada nilai sentimental yang sangat tinggi.Bertahun-tahun lamanya ia masih kekal bersinar dan tidak lapuk dek zaman malahan makin tinggi harganya.

Sungguh..emas adalah hadiah yang dapatkan mengekalkan nilai berbanding wang tunai.Impian Mak untuk bagi hadiah pada aku dan kakak tercapai hasil simpanan sikit-sikit dalam tabung.Bila teringat balik konsep ni sekarang lebih kurang macam konsep GAP Public Gold sekarang.GAP adalah tabung emas zaman sekarang menggantikan tabung buluh zaman aku budak-budak dulu.Begitulah untuk faham konsepnya.

“Emas adalah aset evergreen dari dulu sampai sekarang”.

(Rohayati Hussin,2020)

Hits: 220

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>