EMAS MANA YANG SESUAI UNTUK PELABURAN?

“Pelaburan adalah ibarat menunggu cat yang sedang mengering atau melihat rumput yang tumbuh. Kalau anda nak rasa teruja, ambil duit dan pergi berjudi”

𝙿𝚊𝚞𝚕 𝚂𝚊𝚖𝚞𝚎𝚕𝚜𝚘𝚗, 𝚙𝚊𝚔𝚊𝚛 𝚎𝚔𝚘𝚗𝚘𝚖𝚒 𝚄𝚂, 𝚙𝚎𝚖𝚎𝚗𝚊𝚗𝚐 𝙽𝚘𝚋𝚎𝚕 𝙼𝚎𝚖𝚘𝚛𝚒𝚊𝚕 𝙿𝚛𝚒𝚣𝚎 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚋𝚒𝚍𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚒𝚗𝚜 𝚎𝚔𝚘𝚗𝚘𝚖𝚒.

Pakar ekonomi ini nak bagitau kita bahawa pelaburan itu memakan masa yang lama untuk melihat hasil dan ianya aktiviti yang membosankan.

Namun kalau nak dapat untung yang cepat, itu bukan pelaburan. Itu lebih kepada berjudi.

Pelaburan emas, sama seperti pelaburan-pelaburan yang lain seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan hartanah sesuai untuk orang yang berfikir jangka masa panjang.

Sebab itu skim pelaburan emas bersifat untung cepat, untung segera tapi tak tahan lama. Ia macam berjudi.

Jika anda join, memang la ada kemungkinan untuk untung setiap bulan, tapi mereka boleh tipu dan lari.

Puan Yati, saya berminat nak mula melabur dalam emas. Saya nak tahu emas jenis mana yang sesuai untuk pelaburan? Persoalan begini selalu ditanya oleh prospek apabila nak memulakan simpanan emas.

Pelaburan emas terbahagi kepada 3 jenis:

1.Jongkong emas

2. Syiling emas (dinar emas)

3. Barang kemas.

Apa beza antara Gold Bar, Dinar Emas dan Barang Kemas. Yang mana satu lebih baik untuk memulakan simpanan emas? Okay..Jom kenal dulu bentuk emas yang anda nak pilih untuk melabur.

Contoh Gambar Fizikal Jongkong Emas

Jika kita lihat dari sudut bentuk pada lazimnya  Gold Bar berbentuk segi empat ‘rectangle’ design petak.

Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.

Harga Gold Bar tiada tambahan upah berbanding barang kemas yang kadar upahnya bergantung kepada berat & design barang tersebut.

Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.

Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).

Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.

Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-9% berbanding barang kemas sekitar 10% – 35%. Perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.

Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

Gambar Set Dinar Keluaran Tempatan

Kenali Dinar Emas Public Gold:

1. Dinar ialah syiling emas yang berbentuk bulat (wang emas).

2. Terdapat 4 jenis berat dinar keluaran tempatan (seperti dalam gambar di atas)

3.Terkini pada 10 November 2020, Public Gold telah mengeluarkan 1/2 dinar yang baru (2.125gram).

3. Dinar ialah emas fizikal yang boleh dipegang.

4. Dinar emas Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat).

5. Selain dinar tempatan, dinar emas Public Gold juga dibuat di Turki yang mempunyai pengiktirafan dari LBMA ( London Bullion Market Associations). Akreditasi LBMA membolehkan ianya dikecualikan dari cukai GST dan juga mempunyai reputasi peringkat antarabangsa. Bagi dinar buatan Malaysia ia mendapat pengiktirafan dari ‘assayer’.

6. Rekabentuk dinar berbeza untuk setiap syarikat. Nagi Public Gold ia bergantung kepada kilang pengeluar mengikut kehendak Public Gold.

7. Dinar emas disertakan bersekali dengan sijil ketulenan samada pada kad atau berasingan.

8. Dinar emas Public Gold mudah diterima untuk gadaian jika pemiliknya memerlukan tunai segera.

9. Dinar ialah produk emas yang popular di seluruh dunia dan menjadi ‘hot item’ di branch Public Gold.

10. Pemilik dinar boleh menggunakannya untuk berbelanja semasa melancong di luar negara kerana sifat emas itu laku di seluruh dunia asalkan tulen.

11. Public Gold menawarkan 3 kaedah belian dinar iaitu cash, ansuran dan juga tabungan akaun GAP.

Barang Kemas Sesuai ke Untuk Pelaburan?

Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan disebabkan harganya yang mahal dan spreadnya sangat tinggi (20% – 40%). Kos barang kemas mahal kerana harganya termasuk upah tukang, GST, design, premium dan lain-lain.

Apapun tidak salah untuk anda menyimpan wang dalam bentuk barang kemas kerana sambil menyimpan, ianya juga boleh dipakai untuk berhias. Namun, anda perlu tunggu sekurang kurangnya 10 tahun untuk emas perhiasan anda membuahkan keuntungan atau memberi pulangan melebihi kos pembelian anda.

Jadi, pada saya..jika anda ingin mula menyimpan dengan bar/dinar, maka saya syorkan public gold sebagai syarikat pembekal dinar/bar anda. Ini kerana emasnya antara termurah daripada pelbagai syarikat pembekal emas dan “customer based” yang luas membolehkan anda menjual emas anda dengan mudah kepada pelanggan yang lain selain menjual semula kepada syarikat Public Gold sendiri.

Hits: 1267

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>