
Apa yang menariknya dengan status sebagai seorang Dealer Public Gold ni? Kita boleh manfaatkan kedudukan kita dalam apa jua situasi pasaran harga emas ini samada naik ataupun turun.
“Harga emas naik pun untung, Harga emas turun pun untung!!”
Seronok sebenarnya jadi Dealer Public Gold ni.
Untuk bergelar sebagai seorang Normal Dealer, anda perlu buat belian sekurang-kuranya RM 10,000 dalam satu resit dan itu dikira belian pertama anda. Untuk Priority Dealer pula sekurang RM20,000. Tetapi biasanya akan ada promosi untuk menjadi dealer jadi anda grab lah peluang promosi tersebut untuk jadi dealer dengan harga yang lebih rendah.
Setelah jadi dealer anda akan dapat komsiyen. Daripada belian pertama ini, anda tidak akan dapat komisyen lagi. Komisyen sebagai dealer akan mula diperolehi daripada belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar komisyent 1%. Kalau buat belian seterusnya RM5000, maksudnya anda dapat komisyen RM50. Tahap komisyen ini boleh meningkat kepada 1.5% (Priority Dealer) dan 2.0% (Master Dealer) mengikut tahap dealership masing-masing. Beli emas untuk diri sendiri pun sudah dapat komisyen, belum lagi untuk customer yang lain.
Untuk rasa untung dalam pelaburan emas ini, emas yang ada itu wajiblah dijual balik. Jika item emas itu dijual balik kepada PG, komisyen sebanyak 0.3% akan diperolehi jika anda seorang dealer. Semua tahap dealership menerima komisyen jual balik yang sama iaitu 0.3%.
Contohnya kalau jual balik emas kat public gold dengan harga RM10,000 maka agen akan dapat RM10,000 + RM30 = RM10,030.
Mudah sebanarnya jadi dealer Public Gold tak perlu buka shoplot ‘Kedai Emas’ pun. Hanya buka kedai emas online melalui alam maya contoh Facebook, Instagram, Twitter dan Blog (macam yang tengah saya buat sekarang). Dengan adanya medium ini kita boleh besarkan legasi bisnes kita.Untuk Selain itu, Public Gold dah sediakan 18 branch di seluruh negara yang boleh kita manfaatkan.Ada apa-apa masalah berkaitan bisnes boleh hubungi staf cawangan yang terdekat dengan kawasan anda atau hadir ke sana secara walk in.
Untuk mengembangkan bisnes, seorang dealer itu perlu ada ilmu tentang emas supaya mudah nak berkongsi dan mengajak masyarakat menyimpan emas.Jika ada kawan-kawan kita yang bertanya kita sudah bersedia dan tahu untuk menjawab serta dapat menarik minat mereka untuk turut serta dalam rangkaian Public Gold. Banyakkan berkongsi tentang manfaat emas dalam laman sosial dan jangan terlalu nampak seperti menjual emas di laman sosial. Kita mungkin akan kehilangan kawan jika kita buat macam tu.
Jadi, jika ada kawan yang minat untuk membeli emas melalui kita,kita akan jadi INTRODUCER mereka.Nak tahu apa kelebihan INTRODUCER?
Setiap prospek yang beli emas atau perak bawah kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing.Sebagai dealer, kita perlu didik customer kita untuk jadi customer yang merdeka. Kita cuma consult dan tolong place order sahaja. Pembeli itu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold berdekatan. Sampai bila-bila sahaja, jika customer kita itu buat belian emas, kita akan dapat komisyen itu. Disinilah kita dapat menjana “passive income”.

Apabila kita sudah introduce ramai pembeli emas merdeka!!, Insha Allah selepas setahun dan keatas, akan ada pembeli emas yang nak menjual emas itu disebabkan perlu pakai duit. Masa itu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai 6% – 9%.
Perkara ini disebabkan, jika pembeli itu pergi dan jual kembali kepada PG, PG juga akan buat belian mengikut harga PG BUY. Jadi, jika ada customer kita yang nak jual item mereka, Kita sebagai dealer boleh pertimbangkan untuk beli. Selalunya jika customer itu tinggal berhampiran dengan kita, mereka lebih suka jual dengan kita sebab dapat cash on the spot. Jika jual kepada PG, selepas 24 jam baru PG akan bank in ke dalam akaun kita.
Apabila customer jual kepada kita(dealer) dengan harga PG BUY, itu bermaksud kita membeli emas dengan harga tanpa susut nilai. Oleh itu, jika harga emas naik walaupun 6%, kita sudah untung. Mana lebih baik antara ASB,TH atau EMAS? tak perlu kita tunggu setahun untuk dapat untung dividen.
Contoh: Customer nak jual 2 Dinar yang dia ada dan kita beli pada harga PG BUY (RM 1800) dan kita pula jual item itu kepada umum dengan harga PG SELL(RM 2000) . Untung RM 200 dalam satu jualan. Kita boleh iklankan kepada customer-customer kita yang berdekatan. Mereka juga jimat duit minyak!! Customer kita sahaja. Customer dealer lain tak boleh. Ianya ibarat kita kacau periuk nasi dealer lain.
Apabila customer kita sudah paham dan tertarik dengan dunia emas ini, mereka akan cuba untuk menjadi dealer. Saya yakin dan percaya, rata-rata rakyat malaysia lebih gemar menyimpan RM di Tabung Haji ataupun ASB. Apabila mereka tahu potensi di dalam bidang emas ini, mereka akan tukar simpanan mereka kepada gold dalam jumlah yang melayakkan mereka menjadi dealer seperti kita.
CONTOH A: Saya merupakan Normal Dealer yang menjadi introducer kepada Suria.Suria berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkan Suria menjadi dealer adalah RM 30000. 1% dari itu (RM 300) akan dibayar oleh PG kepada saya sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh Suria,saya akan dapat komisyen overriding sebanyak 0.15%. Ini adalah kerana, level saya dan Suria adalah sama.
CONTOH B: Saya merupakan Master Dealer yang menjadi introducer kepada Suria. Suria berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Belian pertama yang melayakkan Suria menjadi dealer adalah RM 30000. 2% dari itu (RM 600) akan dibayar oleh PG kepada saya sebagai komisyen introducer manakala untuk belian kedua dan seterusnya oleh Suria, saya akan dapat komisyen overriding sebanyak 1.0%. Ini adalah kerana, level Saya dan Suria adalah berbeza.
Hits: 1028