GADAI EMAS GAP DI ARRAHNU SECARA ONLINE

27 November, 2020

“GADAI EMAS ONLINE?” YA, ANDA TAK SALAH BACA!

Anda bukan saja dapat beli dan jual emas secara online. Malah gadai emas pun boleh buat secara online juga. Jika anda ada akaun Public Gold dan simpan emas dalam akaun emas GAP, anda boleh menggadaikan emas anda sekiranya memerlukan tunai segera.

TERMA & SYARAT

  1. Pinjaman adalah 70% daripada harga GAP.
  2. Upah simpan adalah 1% sebulan daripada nilai GAP.
  3. Tempoh masa gadaian adalah 6 bulan.
  4. Jika gadaian dibuat sebelum jam 4 petang, duit gadaian akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda keesokan harinya waktu bekerja (jika akaun Maybank). Jika selepas 4 petang maka wang gadaian akan dimasukkan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Contoh Pengiraan

Katakan anda ingin menggadaikan 20 gram emas GAP. Harga GAP pada hari tersebut adalah RM 254 segram.

  1. Nilai 20 gram GAP adalah RM 5080 (20 gram x RM 254)
  2. Anda dapat pinjaman 70% x RM 5080 = RM 3556.00
  3. Upah simpan adalah 1% x RM 5080 sebulan = RM 50.80
  4. Jumlah upah simpan 6 bulan; RM 50.80 x 6 = RM 304.80

Untuk menebus semula emas GAP, anda perlu bayar pinjaman + upah simpan.

RM 3556.00 + RM 304.80 = RM 3860.80

Ikuti langkah-langkah seterusnya untuk pajak emas. Klik klik dan siap! Tak perlu keluar rumah ke ArRahnu pun untuk urusan ini.

1. Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login.

2. Masukkan username dan password anda dan klik Log in.

Klik My GAP.

Klik ArRahnu.

1. Masukkan gram emas yang ingin anda pajak. Jumlah minima adalah 1 gram.

2. Klik Request.

1. Semak dan pastikan semua maklumat betul.

2. Klik Confirm.

1. Urusan pajakan emas anda telahpun selesai!

2. Duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda selepas gadaian dibuat (pastikan anda telah memuatnaik salinan kad pengenalan dan salinan maklumat bank).

Alhamdulillah tak sampai 5 minit dah boleh siap. Tak perlu susah-susah nak ke sana ke sini untuk dapatkan pinjaman daripada ArRahnu. Nak berurusan tengah-tengah malam atau hari cuti pun tak ada masalah. Semoga artikel ini membantu anda pajak emas dengan cepat, mudah, selamat dan patuh syariah.

TEBUS SEMULA EMAS

Apabila anda ingin menebus semula emas anda, anda hanya perlu menghubungi staf di preferred branch anda (login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda tak pasti).

Staf akan berikan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran. Setelah selesai, emas yang telah dipajak anda dimasukkan semula ke dalam akaun GAP anda.

SEKIAN.MOGA BERMANFAAT!

Hits: 49

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>