DEALER PUBLIC GOLD YANG SAH

Alhamdulillah, saya Rohayati Hussin (PG00224732) merupakan Dealer Emas Public Gold yang sah. Saya mendapat didikan daripada mentor emas saya iaitu En. Mohd Zulkifli Shafie yang juga penulis buku Zero Hutang, Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.Beliau juga adalah Master Dealer Public Gold yang menerima anugerah ” The Fastest Growing Master Dealer”. Beliau telah menjadi mentor emas Public Gold sejak 2010. Terasa syukur berada di bawah didikan beliau yang banyak pengalaman.

Selain itu,saya juga adalah sah bergelar PG Business Owner (PGBO) di bawah PG Group melalui email pengiktirafan daripada CEO Public Gold iaitu Dato’ Wira Louis Ng. Jadi, TAHNIAH kerana anda berurusan dengan saya orang yang sah dan dikitiraf. Jadi jangan ragu-ragu lagi.Saya sedia membantu anda.

Status Sah Sebagai Dealer Public Gold

BAGAIMANA SAYA BERMULA DENGAN PUBLIC GOLD?

Wealth Card Sebagai Normal Dealer

Pada 28/9/2020 secara sah menjadi Dealer Public Gold setelah menerima Wealth Card. Ia adalah kad yang spesial yang menunjukkan indentiti sebagai seorang dealer PG.Saya dapat 2 Weatlh Card.Kenapa saya dapat 2 Weatlh Card?

Alkisahnya, saya mula mendaftarkan diri sebagai ‘Normal Dealer’ pada 28/5/2020.Masa tu tekad nak beli, simpan emas dan kebetulan kerajaan isytiharkan moratorium.Demi nak selamatkan duit moratorium saya tekad tukarkan kepada emas.Kalau tak saya takut saya enjoy dengan duit tu terus habis tak nampak hasilnya.Pada 28/5/2020 saya whatsapp bertanya beberapa soalan pada Introducer yang saya hanya terbaca dalam FB Page dia sahaja. Saya tak banyak tanya sangat sebab dah kaji sendiri pasal PG sebelum ni.Kemudian saya terus ke branch SP daftarkan diri sebagai Normal Dealer melalui AKAUN GAP 30gram.Masa tu 1 gram RM256. Lepas dah daftar baru saya maklumkan pada dia.Terkejut juga dia.Saya tawakkal sahaja pada Allah walaupun saya tak kenal dia.Selepas dah jadi dealer terus mula belajar dan kongsikan emas pada sahabat-sahabat dalam FB.Hari demi hari mula kenal rangkaian introducer dan sangat bersyukur walaupun tak kenal introducer daripada awal sebelum ni tapi rangkaian upline dia MasyaAllah hebat-hebat belaka dan tak lokek berkongsi ilmu.Saya banyak belajar dari mereka.

Apabila dah bertambah yakin dengan PG dan kebetulan ada promosi saya upgrade daripada Normal Dealer kepada Priority Dealer mengambil kira manfaat yang ada pada jangka masa panjang.

Wealth Card Sebagai Priority Dealer

Secara rasminya pada 10/6/2020 terus daftar sebagai Priority Dealer walaupun belum sempat terima kad dealer sebelum ni.Itulah ceritanya kenapa Wealth Card saya ada dua.Jadi saya dapat enjoy double diskaun la.Apa yang bestnya Wealth Card ni?

Ok mai nak cerita apa kelebihannya..

1. Nama pemilik Wealth Card dicetak pada kad.Nampak tak nama saya pada kad tu?hihi

2. Terdapat jongkong emas tulen seberat 0.5 gram bernilai RM200 pada Wealth Card

3. Baucer diskaun RM10 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong emas

4. Baucer diskaun RM20 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong perak.

5. Wealth Card Public Gold boleh digunakan di restoran, kedai serbaneka dan hotel terpilih (tertakluk terma dan syarat)

6. E-coupon RM10 untuk pembelian di PG Mall (boleh guna sebanyak 5 kali)

7. Wealth Card ini boleh dipajak di Ar-Rahnu Pos (Tapi sayang oo nak pajak haha)8. Wealth Card jenama Public Gold bebas SST.Begitulah ceritanya..

Hits: 345

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>