“PUAN YATI, BELI EMAS BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE. JUAL EMAS BOLEH ONLINE JUGAK KE?”
Mestilah boleh! Zaman sekarang ni senang semua di hujung jari jer termasuklah nak jual beli emas. Tetapi pastikan patuh syariah ya (bagi umat Islam). Cara yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua ni mudah sangat. Klik klik saja dah boleh siap. Ok jom!
LANGKAH PERTAMA (Akses Website Public Gold)
1. Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login. Login seperti biasa.
2. Selepas itu klik MY GAP.

LANGKAH KEDUA (Masuk ke Akaun GAP)
Anda akan diberikan pilihan sama ada meneruskan urusan jualan emas melalui New Site atau Classic Site.

a) Jika anda pilih New Site
1. Klik PG Buyback.
2. Pilih Gold – GAP.
3. Masukkan nilai RM yang ingin dijual (jumlah gram akan ditulis secara automatik) atau masukkan jumlah gram yang ingin dijual (nilai RM akan ditulis secara automatik).
4. Klik Place Buyback.

b) Jika anda pilih Classic Site
1. Klik Buyback.
2. Pilih Gold Accumulation Program – GAP.
3. Masukkan jumlah gram emas yang ingin dijual (Boleh masukkan dalam bentuk 4 titik perpuluhan. Contohnya 1.2345 gram).
4. Klik Request.

Ok..Dah siap! Anda cuma perlu tunggu duit masuk dalam akaun bank anda dalam masa:
- 1 hari bekerja (jika buat buyback sebelum jam 4 petang)
- 2 hari bekerja (jika buat buyback selepas jam 4 petang)
Tempoh masa di atas adalah untuk Maybank. Untuk lain-lain bank, duit akan masuk dalam masa 3-5 hari bekerja.
(Nota: Public Gold sudah bangunkan Apps untuk GSAP. Anda boleh jual emas melalui apps sahaja sekarang. KLIK SINI untuk rujukan lengkap yang disediakan oleh mentor saya, Tn. Syukor Hashim.)
Hits: 252