November 28

BELI EMAS DAN PANDANG KE HADAPAN

Nama strategi ini adalah “pendekatan memandang ke hadapan” atau dalam Bahas Inggeris dipanggil “looking foward approach

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk…

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi “𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧”

Anda akan berterima kasih kepada diri anda 🙂

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Hits: 157


Tags


You may also like

GOLD BAR VS DINAR

GOLD BAR VS DINAR

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Get in touch

Name*
Email*
Message
0 of 350
>