
Sedikit perkongsian daripada petikan buku “Strategi Menabung Dari Kosong: oleh Dato’ Hj Rusly Abdullah (chef Li).
Beliau berkata orang Melayu tidak ada budaya dan adat yang mewajibkan setiap orang Melayu wajib menabung. Oleh kerana menabung bukan satu budaya, maka untuk melihat orang Melayu mempunyai tabung hanya akan berjaya jika mereka dipaksa.
Contohnya KWSP adalah satu bentuk tabungan paksa.
Tanpa simpanan KWSP yang diwajibkan itu kemungkinan 2/3 masyarakat pekerja kita akan terlantar selepas bersara.
Bagi saya ini adalah statement yang besar dan berani yang dibuat oleh Chef Li. Chef Li sendiri mengaku bahawa beliau BUKAN seorang pakar ekonomi dan kewangan. Beliau hanyalah seorang bekas peniaga pasar malam yang SUKSES dalam menabung.
Bagi Chef Li kejayaan bisnes tidak membawa sebarang erti jika tidak disusuli dengan KEJAYAAN MENABUNG. Namun, setiap orang harus ada tabungan peribadi yang DIRAHSIAKAN terutama jika tabung-tabung anda yang lain telah diketahui umum misalnya akaun KWSP, Tabung Haji dan ASB.
Kenapa kita harus memiliki sebuah akaun tabung rahsia?
Sebab duit simpanan KSWP anda biasanya orang tahu. Bila anda keluarkan duit KWSP yang banyak juga ramai orang akan tahu. Justeru mungkin anak-anak atau sedara mara akan turut berkira-kira untuk tumpang semangkuk dan semasa itu akan ada orang yang akan datang dan ajak melabur. Itu belum termasuk yang datang nak meminjam dan nak ajak buat bisnes bersama-sama. Jadi berkemungkinan besar duit tabung KWSP anda boleh lesap sekelip mata.
Saya kongsikan sedikit perkongsian pengalaman daripada mentor emas saya Tuan Syukor Hashim.
Saya pernah berjumpa dengan seorang bekas jurutera MAS yang mempunyai duit KSWP sebanyak RM1 juta. Waktu tu saya bagi ceramah kat Public Gold Relau Penang. Dia bagitau “Saya sekarang seorang bankrup En. Syukor. Semasa pencen saya ada RM1 juta”
“Mula-mula saya ada offer kat member-member, siapa yang buat bisnes, saya nak jadi rakan pemodal. Jadi ada member saya yang minta RM300,000 untuk start bisnes. Saya bagi duit kat dia”
“Lepas tu bisnes tu gagal. Hangus duit saya RM300,000”
Kemudian, saya dah tak percaya kat orang. Saya nak buat bisnes sendiri. Saya laburkan lebih dari RM600,000 duit KWSP tu dalam bisnes.
“Tapi malangnya bisnes saya gagal. Saya jatuh bankrap”
“Sekarang nie nasib baik isteri masih bekerja. Jadi duit gaji isterilah yang digunakan untuk sara hidup sekarang” ujarnya.
Saya boleh dengar nada kekesalan beliau.
“Kalau saya tak buat apa-apa dengan duit KWSP tu, lagi bagus. Mesti duit tu ada lagi” ujar beliau.
Gais,
Kalau ada duit banyak dan uols tak tahu nak buat apa, simpan elok-elok atau tukar ajer dalam bentuk emas.
Belajar dari kesilapan orang lain lebih bagus dari belajar dari silap sendiri.
Semoga bermanfaat dari perkongsian ini.
Hits: 147