November 27

TIPS MENYIMPAN EMAS DENGAN PANTAS

Bagaimana nak menyimpan duit dengan pantas?

Menurut Mentor Emas saya (Tuan Syukor Hashim, 2020)
melalui pembacaan beliau dalam buku Chef Li “𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆”ada 2 tips penting bagimana menjadikan diri seronok menyimpan, samada duit atau emas.


𝐓𝐢𝐩𝐬 P𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 T𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠

Banyak pakar kewangan meletakkan target menabung/menyimpan sebanyak X% daripada gaji.
Contohnya 10%, 20% dan sebagainya. Jadi jika anda mengamalkan tips ini, ia meletakkan had kepada tabungan/simpanan anda.

Namun, ia akan jadi lebih bagus jika anda tambahkan prinsip menabung tanpa menghitung ke dalam target simpanan anda.
Contohnya: Simpan minima 10% dari gaji + menabung tanpa menghitung.
Prinsip ini menyebabkan anda langsung tak meletakkan had keatas tabungan anda. Ada duit extra, masuk tabung simpanan… ada duit extra.. masuk tabung simpanan.
Anda tak perlu kira berapa nilai RM yang anda masuk tabung simpanan. Masuk ajer…
Bila saya terapkan prinsip ini dalam strategi menyimpan, otak saya rasa segar dan rasa kebebasan.


𝐓𝐢𝐩𝐬 K𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 M𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 S𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 R𝐮𝐭𝐢𝐧 H𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 S𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 M𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 M𝐢𝐧𝐮𝐦.


Apa akan jadi kalau kita lapar? Kita mesti pergi cari makanan bukan? Kalau haus? Mesti nak minum air bukan?
Sebab itu adalah fitrah manusia kan? Kalau tak makan atau tak minum.. boleh mati jawabnya.. hehehe…

Jadi, jika otak kita menganggap menabung sama penting dengan makan dan minum maka kita akan jadi lebih serius untuk menabung duit.
Asal lapar ajer ingat menabung.. asal dahaga aja.. ingat menabung. Tedia.. walaupun ia nampak ekstrem, tapi percayalah, ia boleh membantu anda menabung dengan pantas.


Salah satu sebab kenapa saya suka baca buku Chef Li ini adalah kerana beliau bercerita pengalaman sebenar hidup dia.
Dia pernah berhutang beratus ribu dengan bank dan berpuluh ribu ringgit dengan kawan-kawan dan hampir seratus ribu ringgit dengan pembekal bahan mentah.

Dia pernah berada dalam situasi hampir hilang kewarasan, pernah mengayuh basikal puluhan kilometer seperti orang kebingungan dan tidak siuman. Dia juga mula bercakap sendirian..
Namun, beliau berjaya keluar dari masalah hutang ini dan berjaya menyimpan duit yang banyak. Alhamdulillah.


Pengalaman sebenar beliau menyebabkan buku yang beliau tulis mempunyai ‘roh’. Saya suka membaca buku-buku seperti ini.
Memandangkan ia memberi kesan kepada saya, maka saya nak share dengan rakan-rakan FB saya. Biar mesej ini sampai kepada ramai orang.
Orang yang mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit jauh lebih baik dari orang yang cuma tinggal puluhan ringggit dalam akaun bank dan tak nak belajar teknik menabung.
Semoga 2 tips ini dapat memberi manfaat untuk anda.

Hits: 161


Tags


You may also like

GOLD BAR VS DINAR

GOLD BAR VS DINAR

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Get in touch

Name*
Email*
Message
0 of 350
>