Beli emas dengan guna duit yang kita tidak akan pakai lebih dari setahun.Tidak pakai yang saya maksudkan disini ialah tidak pakai dari segi untuk keperluan.Kalau kita merancang untuk buat simpanan untuk kegunaan pada jangka masa panjang ia sesuai wujudkan simpanan tersebut dengan beli emas.
Contoh :
(1) Simpan duit ini untuk deposit beli rumah 3 tahun akan datang. Duit ini sesuai tukar kepada emas.
(2) Simpan duit untuk pergi haji atau umrah 4 tahun akan datang.
(3) Dapat duit bonus, dan belum ada rancangan untuk gunakan duit bonus. Tukar cepat-cepat kepada emas, sebelum terbeli barang bukan keperluan lain.
(4) Simpan duit untuk pendidikan anak-anak masa akan datang.
(5) Simpan duit untuk renovate rumah jika beli rumah yang akan siap dalam jangka masa 2 tahun.
Jika kita ada plan-plan ini, simpan dalam bentuk emas lebih baik kerana :(1) Nilai simpanan kita kekal walau macam mana keadaan ekonomi sekalipun. Nilai emas tidak terjejas.
(2) Jumlah simpanan lebih senang kekal berbanding simpan kepada duit.
Simpan duit, risiko duit tu habis dirompak oleh diri sendiri lebih tinggi berbanding dicuri oleh orang lain.
Jom saya bantu anda untuk selamatkan duit anda daripada dirompak oleh diri sendiri.
Hits: 158