November 25

TIPS PELABUR EMAS BERJAYA

1. Educate yourself.
=================
Apabila kita berminat dengan sesuatu pelaburan, kita perlu dapatkan seberapa banyak maklumat tentang pelaburan tersebut.

Jangan terus melompat ke dalam pelaburan tersebut sebab anda mungkin membuat kesalahan.

Contoh, anda dengar pelaburan emas bagus. Jangan terus pergi beli emas di kedai emas. Beli barang kemas pulak tu. Itu dah tersalah langkah. Dapatkan ilmu dahulu.

Cara termudah dapat ilmu adalah membaca 10 buku tentang subjek pelaburan tersebut. Itu cara termudah.

Kemudian, datang ke seminar dan cari pakar. Tujuannya ialah untuk mengelakkan anda membuat kesalahan-kesalahan amatur.

2. Mulakan dengan modal kecil.
============================
Setelah langkah pertama, langkah kedua adalah mulakan dengan modal kecil.

Sebab anda nak test pengalaman bagaimana beli/jual emas tersebut. Jadi anda akan tahu bahawa emas ada naik turun harga.

3. Konsisten
==========
Ini tips penting. Untuk emas, anda mesti konsisten melabur. Apabila konsisten, gram emas anda semakin bertambah dan anda akan dapat kelebihan pemurataan harga. Susah untung timing harga emas turun. Jadi lebih baik jika beli secara konsisten.

4. Invest big.
==========
Setelah bermula kecil, tiba masa untuk invest besar.

Memandangkan keuntungan daripada harga emas adalah harga semasa x gram yang anda miliki, maka anda kena invest besar untuk dapat gram emas yang banyak.

Tambah budget untuk simpan emas.
Jika ada bonus, beli emas,
jika ada kenaikan gaji, tambah gram emas.

5. Fikir jangka masa panjang.
=====================

Pelaburan emas sesuai untuk 3 tahun ke atas. Malah semakin lama anda memegang emas, semakin bagus.

Contohnya saya sendiri dah 12 tahun dalam pelaburan emas.

Jadi saya boleh nampak kelebihan emas jika anda bertahan lama.

Salah satu sebab anda simpan emas adalah untuk mengelakkan harta anda dimakan oleh inflasi.

Bila trend harga emas naik cepat maka kenaikan pelaburan emas anda akan jadi lebih cepat.

Hits: 164


Tags


You may also like

GOLD BAR VS DINAR

GOLD BAR VS DINAR

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Get in touch

Name*
Email*
Message
0 of 350
>