Sebenarnya impian dan hajat untuk memiliki domain website untuk blog sendiri dah lama wujud. Cumanya dek kerana kekangan masa untuk belajar dan mengkaji impian itu terpaksa ditangguhkan dulu. Tapi, penghujung tahun 2020 dengan tekad yang jitu, saya ambil keputusan untuk belajar dan bangunkan blog sendiri setelah terlibat secara aktif menjadi Dealer Public Gold iaitu Syarikat Emas patuh syariah yang terkemuka di Malaysia. Saya hubungi sahabat dealer Public Gold unutk bantu saya capai impian mempunyai blog sendiri.
Setelah menjadi penyimpan tegar emas dan Aktif Dealer Public Gold, saya banyak berkongsi tentang emas di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp). Sebenarnya saya mula minat berkongsi tentang emas sekitar tahun 2011. Pada ketika itu saya sudah ada kesedaran menyimpan emas. Cumanya masih kurang pendedahan tentang ilmu emas. Saya banyak mengkaji sendiri tanpa sistem dan mentor yang saya boleh rujuk. Saya beli emas sebagai simpanan jangka panjang daripada pelbagai syarikat. Alhamdulillah kini dalam Public Gold saya ada sistem yang jelas untuk saya terus konsisten berkongsi dan menyimpan emas bersama Public Gold.
Benar..Jadi penulis blog ni saya kena fikir untuk lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Dalam masa yang sama ia melatih diri saya untuk terus belajar dan belajar untuk menjadikan blog saya terus relevan untuk dibaca.
Bekerja dalam profesion sebagai ahli akademik sememangnya tidak dapat lari dari menulis kerana seorang pensyarah perlu menulis sebagai memenuhi kriteria kenaikan pangkat. Semasa menyambung pengajian PhD, saya banyak menulis artikel berkaitan wakaf kerana itu bidang kajian saya. Penulisan -penulisan ini diterbitkan dalam pelbagai penerbitan. Tetapi kesemuanya lebih kepada penulisan akademik yang perlu memenuhi beberapa kriteria penulisan. Pembacanya juga terhad kepada ahli akademik khususnya dalam bidang tersebut.
Di samping itu, saya juga minat menulis beberapa penulisan yang santai tentang emas. Pada saya menulis menjadi kegiatan yang sangat menyenangkan di waktu terluang. Sehari-hari ada sahaja idea yang ingin saya tulis dan kongsikan kepada orang lain. Apabila dapat menulis dan berkongsi idea bersama orang lain rasa kepuasan bagi saya. Saya dapatkan rasakan apabila rajin menulis kemampuan menulis makin baik dan secara tak langsung saya belajar untuk tambah baik penulisan saya.
Akan datang saya harapkan bakat penulisan ini dapatkan dikembangkan kepada penulisan buku supaya penulisan saya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.
Saya suka membaca buku dan apa sahaja medium yang dapat memberi info dan ilmu terutamanya tentang emas dan pengurusan kewangan. Jika ada buku-buku yang saya baru baca serta info terkini yang saya dapat saya suka berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain di ruangan media sosial. Oleh itu, saya merasakan blog adalah tempat yang lebih sesuai untuk saya simpan perkongsian saya dan mudah dirujuk serta dicari semula di kemudian hari.
Melalui blog ini saya harapkan ia dapat menjadi rujukan kepada masyarakat khususnya penyimpan emas di bawah bimbingan saya untuk mendapatkan ilmu serta belajar tentang produk-produk di dalam Public Gold. Selain itu, diharapkan melalui blog ini ia dapat menunjukkan cara kepada pembaca bagaimana mendapatkan pendapatan pasif melalui simpanan emas apabila menjadi penyimpan dan peniaga emas di bawah rangkaian Public Gold.
Benarlah apa yang saya dengar dan baca daripada perkongsian penulis blog, bila dah ada blog ni rasa bahagia dan puas. Bila tengok blog dah siap rasa macam tak percaya bahawa ahkhirnya saya ada blog sendiri.Kenapa saya kata saya rasa bahagia bila ada blog? Kerana melalui blog saya dapat memberikan manfaat bagi orang lain dengan informasi yang saya ada. Saya rasa syukur dan seronok apabila ada pembaca dapat manfaat daripada penulisan saya.
Alhamdulillah denga rasa syukur serta izin dariNya, maka wujudlah blog ini . Terima kasih pada sahabat dealer Public Gold yang banyak membantu saya menyiapkan blog ini.
Semoga perkongsian saya dalam blog ini dapat memberi manfaat dan inspriasi kepada semua pembaca untuk memulakan simpanan emas, terus konsisten dan memperbaiki pengurusan kewangan sendiri. In Sha Allah. Aamiin.
Sabda Rasulullah SAW
“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
Hits: 176