November 19

3 TIPS PENTING SEBELUM BELI EMAS

Tips: 3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.Gais, antara kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah “beli dahulu fikir kemudian”.

Jadi saya nak berikan 3 tips yang penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: ğ—žğ—®ğ˜ M𝗮𝗻𝗮 N𝗮𝗸 J𝘂𝗮𝗹 B𝗮𝗹𝗶𝗸 E𝗺𝗮𝘀 I𝗻𝗶?

Gais, keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila anda menjual balik emas. Jadi anda perlu bertanya kepada penjual emas tersebut “Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?”Dalam kebanyakan kes, biasanya anda akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut.

Contohnya, jika anda beli emas Public Gold maka anda boleh jual balik kat mana-mana branch Public Gold (atau jual kat dealer Public Gold berhampiran dengan anda).

Jika anda beli Kijang Emas daripada Maybank, maka anda akan jual balik kat cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas (bukan semua cawangan Maybank ye),

Kemudian, jika anda membuat pelaburan melalui akaun simpanan, tanya penjual emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula.Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini.

Namun, sekiranya anda mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas mereka, maka mereka TIDAK MENERIMA jualan emas fizikal. Mereka hanya menerima jualan balik gram emas dalam akaun sahaja.hohoho.. jadi kalau anda tak tahu perkara ini, memang naya lah jawabnya.

ğ—žğ—˜ğ——ğ—¨ğ—”: 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 S𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 (𝘀𝘂𝘀𝘂𝘁𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶) E𝗺𝗮𝘀 Y𝗮𝗻𝗴 S𝗮𝘆𝗮 B𝗲𝗹𝗶 Ni?

Spread @ susutnilai adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.Biasanya ia diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold.Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya makin kecil.

Spread Emas di Public Gold

ğ—žğ—˜ğ—§ğ—œğ—šğ—”: 𝗔𝗱𝗮 T𝗮𝗸 S𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 J𝘂𝗮𝗹 B𝗲𝗹𝗶 Y𝗮𝗻𝗴 L𝗮𝗶𝗻 Y𝗮𝗻𝗴 p𝗲𝗿𝗹𝘂 T𝗮𝗵𝘂?

Contoh Emas Public Gold yang Rosak

Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, gores atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, cuma ada extra cas ikut situasi)

Contoh Kijang Emas Yang Tercalar

Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, gores dan bengkok. Contohnya Kijang Emas. Alasannya ialan nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, gores atau bengkok.

Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, gores dan bengkok?Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut.Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9).

Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda.

Hits: 752


Tags


You may also like

GOLD BAR VS DINAR

GOLD BAR VS DINAR

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU

JANGAN PEDULI HARGA EMAS, SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU
  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Get in touch

    Name*
    Email*
    Message
    0 of 350
    >